KANAK-KANAK LELAKI MAUT DISYAKI DIDERA BAPA KANDUNG DAN IBU TIRI DI #KUALA_TERENGGANU
KUALA TERENGGANU – Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun 11 bulan disahkan meninggal dunia dipercayai akibat didera bapa kandung dan ibu tirinya di Kampung Banggol, #Manir. Ketua Polis Daerah #Kuala_Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, mangsa meninggal dunia pada jam 2.05 petang, Sabtu di Hospital Sultanah Nur Zahirah (#HSNZ).
Kejadian terbongkar apabila pegawai perubatan #HSNZ menerima pesakit tidak sedarkan diri pada 6 Ogos lalu. Pemeriksaan mendapati terdapat kesan lebam di badan, muka dan leher. Hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian akibat pendarahan dalam kepala disebabkan hentakan objek tumpul.
Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek, masing-masing berusia 27 dan 30 tahun, mengaku pernah memukul mangsa menggunakan penyangkut baju. Sehari sebelum kejadian, mangsa terjatuh ketika memanjat pagar bilik namun kembali aktif seperti biasa.
Pihak polis turut merampas penyangkut baju dipercayai digunakan dan menahan kedua-dua suspek pada malam kejadian. Mereka direman tujuh hari bagi siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. Anak sulung pasangan itu berusia tiga tahun kini di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (#JKM).
📍 Jom usha: http://malaysiahariini.website
