IBU MAUT, ANAK CEDERA DALAM KEMALANGAN DENGAN LORI

 


IBU MAUT, ANAK CEDERA DALAM KEMALANGAN DENGAN LORI

#Jasin — Seorang wanita berusia 66 tahun maut manakala anak perempuannya cedera selepas kereta Perodua Viva yang mereka naiki bertembung dengan lori tiga tan membawa muatan buah-buahan di #JalanNyalasKampungPondokBatang, di sini, Sabtu.

Komander Operasi BBP Jasin, Pegawai Bomba Kanan I Azman Md Dawam berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.32 tengah hari dan tujuh anggota bersama dua jentera dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba, kedua-dua mangsa didapati tersepit di bahagian hadapan kereta. Penumpang, seorang wanita warga emas, disahkan meninggal dunia di lokasi oleh petugas perubatan. Pemandu berusia 23 tahun cedera,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang cedera dihantar ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut, manakala mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Pemandu lori berusia lingkungan 30-an tidak mengalami kecederaan. Punca kemalangan masih dalam siasatan pihak berkuasa.


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama