VIDEO TULAR- DUA DITAHAN CUBA CURI MINYAK PETROL MOTOSIKAL DI #TANJUNGKUPANG




DUA DITAHAN CUBA CURI MINYAK PETROL MOTOSIKAL DI #TANJUNGKUPANG

ISKANDARPUTERI – Polis menahan dua individu termasuk seorang wanita tempatan berusia 60 tahun dan lelaki warga Pakistan berusia 38 tahun kerana disyaki mencuri minyak petrol motosikal di sebuah apartment di #TANJUNGKUPANG pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP Kumarasan A/L Muniandy berkata, kejadian berlaku sekitar jam 7.30 pagi apabila pengadu berusia 28 tahun dan suaminya terserempak dengan suspek dalam keadaan mencurigakan berhampiran motosikal mereka.

Dengan bantuan anggota polis bantuan apartment, kedua-dua suspek berjaya ditahan sebelum diserahkan kepada pihak polis. Pemeriksaan lanjut menemui dua botol berisi petrol dan sebilah gunting yang dipercayai digunakan untuk kegiatan mencuri tersebut.

Hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek negatif dadah dan semakan mendapati mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau. Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Suspek lelaki warga asing itu juga disiasat mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal melebihi tempoh sah. Polis akan memohon perintah reman di Mahkamah Johor Bahru pada 12 Ogos 2025 bagi siasatan lanjut.

Orang awam yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri di talian 07-5113622 atau Hotline 07-5114486.
📍 Jom usha: http://malaysiahariini.website


Peluang mudah jana pendapatan dari rumah — klik dan mula sekarang 📍 https://christmaspoisonouswiped.com/d4gstquc8m?key=3dfff2dc368065aa903d082895203ba0

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama