![]() |
#KotaKinabalu #Papar #Sipitang — Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman mengambil alih siasatan kes kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar. Bagi melaksanakan siasatan menyeluruh, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan pasukan petugas khas melibatkan sembilan pegawai dan anggota, yang kini ditempatkan di Kontinjen Sabah. PDRM menegaskan pihaknya memandang serius setiap kes melibatkan kehilangan nyawa dan menyeru semua pihak mengelak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan. Kes ini mendapat perhatian meluas kerana dikaitkan dengan kemungkinan insiden buli. Zara Qairina dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama pada 16 Julai lalu dan meninggal dunia sehari kemudian di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu. Pada Sabtu lepas, kubur arwah digali semula untuk proses bedah siasat tambahan sebelum dikebumikan semula awal pagi Isnin di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol, Sipitang. PDRM memberi jaminan siasatan akan dilakukan dengan telus demi memastikan keadilan kepada semua pihak. 📍 Jom usha: http://malaysiahariini.website
Tags
MALAYSIA HARI INI
