ABANG MAUT, DUA ADIK PARAH DALAM TRAGEDI LIMA BERADIK


ABANG MAUT, DUA ADIK PARAH DALAM TRAGEDI LIMA BERADIK


JEMPOL – Perjalanan pulang lima beradik bertukar duka apabila kereta Perodua Kancil yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Jalan Besar Palong 16, di sini pada Isnin. Dalam kejadian kira-kira jam 2.46 petang, pemandu berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Dua adiknya masing-masing berusia 16 dan 11 tahun mengalami kecederaan parah, manakala dua lagi berusia 14 dan tiga tahun cedera ringan. Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Norhisham Mustafar berkata, kemalangan melibatkan lori Isuzu dipandu lelaki 57 tahun dari arah Palong 16 menuju Palong 9, 10 dan 11.
“Siasatan awal mendapati lori terbabit dipercayai hilang kawalan akibat hujan lebat lalu berpusing dan memasuki laluan bertentangan. Kereta Kancil dipandu mangsa cuba mengelak namun melanggar bahagian sisi lori,” katanya.
Pemandu lori hanya mengalami kecederaan ringan. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Polis turut meminta saksi tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Fasha Haiqal Mohd Faisal di talian 016-3627746.

📍 Info lanjut dan Untuk berita terkini
👉 Jom usha: http://malaysiahariini.website


https://christmaspoisonouswiped.com/n9ujznuap?key=d4f1f04d07a9df10b4adcefac1d75260

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama