Gerik, 16 Februari 2025 – Sebuah kereta yang dinaiki sekumpulan wanita diserang oleh seekor gajah liar ketika dalam perjalanan pulang ke Kedah melalui kawasan Gerik, pagi tadi. Kejadian itu menyebabkan suasana panik dan ketakutan dalam kalangan mereka.
Menurut perkongsian dari Lyin Aziz, yang merupakan salah seorang penumpang dalam kereta tersebut, insiden bermula apabila kereta di hadapan mereka membunyikan hon untuk memberi amaran kepada gajah liar yang muncul di jalan raya. Gajah tersebut mengamuk dan bergerak ke arah kereta mereka, mengakibatkan mereka terperangkap dalam situasi yang sangat menakutkan.
“Semua perempuan dalam kereta agak panik dan tidak menyangka kejadian ini akan berlaku,” kata Lyin Aziz. "Alhamdulillah, Allah melindungi kami semua. Saya tergerak hati untuk memandu sendiri selepas Titiwangsa, kerana kawan-kawan sudah mula mengalami panic attack dan tidak mampu buat apa-apa."
Serangan gajah tersebut menyebabkan kerosakan pada lampu kereta, namun keselamatan mereka menjadi keutamaan. "Lampu kereta, apa la sangat. Bandingkan dengan keselamatan kawan-kawan dan diri sendiri dalam kereta," tambah Lyin. Walaupun dalam keadaan cemas, beliau bersyukur kerana mereka semua berjaya keluar dari situasi tersebut dengan selamat.
.jpg)