SAMPANG - Tragedi cinta terlarang kembali menggemparkan penduduk setempat.
Kejadian pada kali ini melibatkan seorang janda yang membunuh kekasih gelapnya sendiri setelah mayatnya ditemui di sebuah tanah kosong di Desa Tebana, Kecamatan Banyuates, Kabupaten Sampang, Madura di Indonesia pada Selasa.
Siasatan awal polis membawa kepada penahanan suspek berusia 46 tahun dikenali sebagai Samu'ah yang juga jiran mangsa.
Kapolres Sampang, AKBP Hartono berkata, wanita itu mengakui perbuatannya dan mendedahkan hubungan terlarang mereka.
"Dia berang setelah diajak menikah sedangkan mangsa masih beristeri. Pembunuhan itu berlaku di rumah pelaku pada Isnin. Samu'ah baru selesai mandi apabila mangsa masuk ke kediamannya dan mahu melakukan hubungan asmara, namun ditolak wanita itu," ujarnya.
Menurutnya, mangsa terjatuh dan kepalanya terhantuk di jendela.
"Samu'ah yang bimbang suara lelaki itu didengari jiran bertindak menyumbat mulutnya dengan baju anaknya hingga mangsa meninggal dunia," jelasnya lagi.
Pelaku kemudiannya membuang mayat mangsa tidak jauh dari kediamannya pada keesokan harinya.

"Kami masih menyoal siasat pelaku di Mapolres Sampang," kata Hartono. - Agensi