KUALA LUMPUR – Hubungan antara MIC dan Barisan Nasional (BN) kembali tegang apabila presidennya, Tan Sri SA Vigneswaran mendakwa Ahmad Zahid Hamidi menipu berhubung hasil kajian ahli akar umbi parti itu.
Menurutnya, dakwaan Zahid bahawa ahli MIC mahu kekal bersama BN adalah tidak benar dan tidak disokong oleh fakta. “Statistik yang dia sebut itu tidak betul. Apa yang boleh saya katakan, dia menipu,” tegasnya dalam sidang media di ibu pejabat MIC hari ini.
Vigneswaran turut menyelar Zahid kerana tidak mengkaji punca sebenar kehilangan sokongan orang Melayu terhadap UMNO di negeri seperti Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis.
Beliau menegaskan, MIC tidak mempunyai masalah dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebaliknya hanya hilang keyakinan terhadap Zahid sebagai pengerusi BN.
Katanya, masa depan MIC akan ditentukan menerusi pandangan akar umbi, termasuk kemungkinan keluar daripada BN. Bagaimanapun, beliau menegaskan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) bukan satu-satunya pilihan, sebaliknya parti itu mungkin bertanding menggunakan logo sendiri pada pilihan raya akan datang.
📍 Untuk info lanjut, lawati malaysiahariini.website
𝐏𝐑𝐄𝐒𝐈𝐃𝐄𝐍 𝐌𝐈𝐂 𝐓𝐔𝐃𝐔𝐇 𝐙𝐀𝐇𝐈𝐃 𝐌𝐄𝐍𝐈𝐏𝐔, 𝐈𝐒𝐔 𝐁𝐍 𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐇
byMALAYSIA HARI INI
-
0