𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐍𝐄𝐏𝐀𝐋 𝐌𝐀𝐔𝐓 𝐃𝐈𝐓𝐀𝐑𝐈𝐊 𝐌𝐄𝐒𝐈𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐈𝐒𝐀𝐑 𝐏𝐀𝐒𝐈𝐑 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐒𝐀 𝐒𝐄𝐋𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐑𝐀

BATU GAJAH – Seorang pekerja warga Nepal berusia 36 tahun maut dalam kejadian t
ragik selepas tersepit dalam mesin pengisar pasir di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Batu Gajah 3, Kampung Tersusun Seri Rahmat, di sini, hari ini. Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd. Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.29 pagi sebelum sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Gajah digerakkan ke lokasi.
“Sebaik tiba, kami dimaklumkan bahawa mangsa tertarik ke dalam mesin pengisar yang tiba-tiba beroperasi secara automatik ketika sedang melakukan kerja penyelenggaraan untuk mengeluarkan bahan tersangkut,” katanya.
Tambahnya, kerja menyelamat dilakukan dengan membuka plat lantai mesin dan mendapati mayat mangsa bergulung serta terbelit pada mata pengisar. Dengan bantuan juruteknik kilang, mesin digerakkan secara manual bagi membolehkan mayat dikeluarkan sepenuhnya.
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.50 tengah hari. 📍 Untuk info lanjut, lawati malaysiahariini.website

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama