𝐓𝐀𝐊 𝐒𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈 𝐒𝐄𝐌𝐈𝐍𝐈𝐓 𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐏𝐀𝐋𝐈𝐍𝐆, 𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐒𝐀𝐘𝐀 𝐒𝐔𝐃𝐀𝐇 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐆𝐄𝐋𝐀𝐌

KEMAMAN – “Tak sampai seminit suaminya berpaling, anak saya sudah tenggelam,” luah Datuk Abd Halim Jusoh selepas anaknya, Nurhazwani, 34, lemas di kolam sebuah hotel di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa yang juga pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Pahang disahkan meninggal dunia selepas gagal diselamatkan. Menurut Abd Halim, ketika kejadian beliau bersama isterinya berada di kolam kanak-kanak sambil melayan cucu, manakala anak dan menantunya mandi di kolam dewasa bersebelahan. Tidak sampai seminit menantunya berpaling, anaknya sudah tenggelam.
“Menantu saya segera terjun untuk menyelamatkan dan melakukan bantuan pernafasan (CPR) dengan bantuan kakitangan hotel. Kami hanya mampu berdoa agar dia diselamatkan, namun Allah lebih menyayanginya,” katanya sebak. Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permaisuri itu menyifatkan arwah sebagai anak yang baik dan penyayang, sering bertanya khabar walaupun tinggal berjauhan di Pahang. Sebelum kejadian, keluarga mereka mengadakan hari keluarga bersama saudara-mara di hotel berkenaan. Jenazah Nurhazwani dibedah siasat di Hospital Kemaman sebelum dibawa pulang ke Kajang untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tangkas.
Turut hadir menziarahi keluarga ialah bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, ADUN Jabi, Mohd Iskandar Jaafar, dan ADUN Kijal, Datuk Razali Idris. 📍 Untuk info lanjut, lawati malaysiahariini.website

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama