𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐓𝐄𝐑𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐒 𝐀𝐍𝐈𝐀𝐘𝐀 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓𝐀𝐍 𝟐 𝐃𝐈𝐁𝐄𝐍𝐀𝐑 𝐀𝐌𝐁𝐈𝐋 𝐒𝐏𝐌 – 𝐅𝐀𝐃𝐇𝐋𝐈𝐍𝐀

𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐓𝐄𝐑𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐒 𝐀𝐍𝐈𝐀𝐘𝐀 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓𝐀𝐍 𝟐 𝐃𝐈𝐁𝐄𝐍𝐀𝐑 𝐀𝐌𝐁𝐈𝐋 𝐒𝐏𝐌 – 𝐅𝐀𝐃𝐇𝐋𝐈𝐍𝐀 MELAKA – Empat pelajar tingkatan lima yang disyaki terbabit dalam kes rogol terhadap seorang pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah akan tetap dibenarkan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 3 November ini.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, keputusan itu dibuat bagi memastikan hak pendidikan pelajar-pelajar terbabit tidak dinafikan walaupun mereka kini berdepan siasatan polis. “Tindakan undang-undang terhadap mereka diserahkan kepada pihak polis, manakala kementerian memberi fokus kepada aspek disiplin, ekosistem sekolah serta sokongan emosi dan psikososial kepada semua pihak yang terlibat,” katanya selepas mengadakan pertemuan bersama Exco Pendidikan Melaka, Datuk Rahmad Mariman, dan Ketua Polis Negeri, Datuk Dzulkhairi Mukhtar di Jabatan Pendidikan Negeri Melaka. Beliau turut mengingatkan masyarakat supaya lebih berhati-hati membincangkan kes tersebut memandangkan ia melibatkan individu bawah umur yang dilindungi undang-undang.
Sementara itu, pelajar perempuan terbabit kini dirawat di hospital dan menerima rawatan psikososial daripada pasukan perubatan.
Fadhlina menegaskan sokongan penuh turut diberikan kepada semua calon SPM dan warga sekolah supaya mereka dapat membuat persediaan peperiksaan dengan tenang tanpa gangguan. Kesemua suspek berusia 17 tahun kini direman selama enam hari sehingga 16 Oktober bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan kerana rogol secara berkumpulan.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama