UGUTAN SIBER: DUA LELAKI DITAHAN POLIS ATAS HANTARAN TERHADAP PM DAN KERAJAAN
KUALA LUMPUR – Polis telah menahan dua lelaki, masing-masing berusia 44 dan 45 tahun, berhubung muat naik hantaran yang mengandungi unsur ugutan jenayah dan hasutan terhadap kerajaan dan Perdana Menteri. Kedua-dua suspek kini disiasat di bawah beberapa akta, termasuk Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan Multimedia.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar, tangkapan pertama dibuat ke atas seorang lelaki berusia 45 tahun yang disyaki membuat hantaran berunsur hasutan dan penghinaan terhadap kerajaan melalui akaun TikToknya. Sementara itu, tangkapan kedua melibatkan seorang lelaki berusia 44 tahun yang didakwa membuat komen berunsur ugutan jenayah terhadap Perdana Menteri Malaysia melalui akaun Facebook.
Datuk M Kumar menegaskan, pihak polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap individu yang sengaja memuat naik atau menyebarkan kandungan yang boleh menimbulkan kegentaran awam serta menggugat keharmonian masyarakat. Beliau menggesa orang ramai agar lebih bertanggungjawab dalam penggunaan media sosial dan mengelakkan diri daripada terlibat dalam aktiviti yang melanggar undang-undang.
Jom usha:
