Speaker: Enam Bekas Ahli Parlimen Bersatu Masih Dalam Blok Pembangkang



KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menegaskan bahawa enam bekas Ahli Parlimen Bersatu yang kini menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim masih diklasifikasikan sebagai ahli blok pembangkang.

Menurut beliau, tiada surat rasmi dikemukakan oleh mana-mana daripada mereka yang menyatakan hasrat untuk meninggalkan pembangkang dan menyertai kerajaan. Oleh itu, tiada perubahan dibuat terhadap kedudukan mereka di Parlimen. Katanya, selagi tidak ada pengesahan hitam putih, mereka kekal sebagai pembangkang dan berhak bertanya soalan dalam sesi Parlimen.

Beliau menjawab isu itu setelah Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) membangkitkan soal pengagihan soalan yang didakwanya berat sebelah terhadap pembangkang dalam sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT).

Enam Ahli Parlimen tersebut ialah Datuk Syed Abu Hussin (Bukit Gantang), Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Iskandar Dzulkarnain (Kuala Kangsar) dan Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).


 

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama