PEMILIK KEDAI PERKAKASAN DITAHAN BERHUBUNG ISU JALUR GEMILANG TERBALIK DI #KEPALA_BATAS

 



PEMILIK KEDAI PERKAKASAN DITAHAN BERHUBUNG ISU JALUR GEMILANG TERBALIK DI #KEPALA_BATAS

#KEPALA_BATAS – Polis menahan seorang lelaki berusia 59 tahun yang juga pemilik kedai perkakasan di Jalan Bertam Perdana bagi membantu siasatan insiden Jalur Gemilang dipasang secara terbalik di hadapan premisnya.

Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, suspek ditahan sekitar kawasan ini malam tadi dan kes disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kertas siasatan akan dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya #Pulau_Pinang dengan cadangan pertuduhan,” katanya.

Setakat ini, polis menerima 16 laporan berhubung kejadian itu, termasuk 12 laporan di negeri ini dan empat lagi di luar #Pulau_Pinang. Mohd Alwi menegaskan pihaknya memandang serius perbuatan yang menyentuh simbol kedaulatan negara dan akan mengambil tindakan tegas.

Video berdurasi 21 saat yang tular di media sosial memaparkan dua lelaki memasang Jalur Gemilang secara terbalik di premis berkenaan sehingga mencetuskan kecaman warganet dan tindakan beberapa NGO serta ADUN Bertam, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican membuat laporan polis. 📍 Jom usha: http://malaysiahariini.website

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama