IJOK – Seorang lelaki berusia 25 tahun ditahan selepas bertindak mengamuk dan menyerang anggota polis menggunakan pisau pemotong daging dalam kejadian di Taman Jasa, Ijok, Selangor petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin berkata, pihaknya menerima maklumat pada jam 6 petang mengenai seorang lelaki yang mengamuk sambil membawa pisau dan cuba menyerang orang awam di kawasan perumahan berkenaan.
“Sebaik tiba di lokasi, pasukan RCJ dan Task Force dari Balai Polis Bestari Jaya mendapati su
spek menjerit-jerit sambil memegang sebilah pisau pemotong daging. Polis telah memberikan arahan supaya dia menyerahkan diri namun tidak diendahkan,” katanya.
Ketika kejadian, suspek men
yerang kenderaan peronda yang dipandu Kpl 150583 dengan menetak cermin hadapan dua kali sehingga pecah. Kenderaan berkenaan kemudian terbabas ke tepi jalan.
Anggota bertugas keluar daripada kenderaan dan mengeluarkan pistol Walther P99 sebelum melepaskan satu das tembakan amaran ke arah kaki suspek bagi menghentikan tindakan berbahaya itu.
“Walaupun tembakan tidak mengenai sasaran, suspek akhirnya mencampakkan senjata dan berjaya ditahan tanpa sebarang kecederaan,” katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. Suspek kini direman untuk siasatan lanjut.
Tags
MALAYSIA HARI INI