POLIS SABAH BERTINDAK, INDIVIDU ‘AMUNG KAMARUDDIN’ DITAHAN KERANA UGUT PAKAR PATOLOGI
KOTA KINABALU
– Polis Sabah telah menahan seorang lelaki berusia 61 tahun di Semporna pagi tadi berhubung kes ugutan jenayah terhadap seorang pakar patologi. Pesuruhjaya Polis Sabah, Jauteh Dikun, mengesahkan penahanan tersebut yang dilakukan pada jam 7 pagi di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna.
Suspek, yang menggunakan nama 'Amung Kamaruddin' di laman media sosial Facebook, disyaki telah memuat naik kenyataan berunsur ugutan jenayah terhadap Dr Jessie Hiu, pakar patologi di Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I. Dr Hiu merupakan salah seorang pakar yang terlibat dalam inkues kematian Zara Qairina Mahathir. Laporan polis mengenai ugutan itu diterima pada Jumaat lalu, dan siasatan awal mendapati kenyataan itu dibuat oleh suspek yang telah dikenal pasti. Pihak polis akan terus menjalankan siasatan terperinci berhubung motif ugutan ini.
Jom usha: http://malaysiahariini.website
