𝐀𝐑𝐌𝐀𝐃𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐄𝐂𝐀𝐌 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐑𝐄𝐒𝐈𝐃𝐄𝐍 & 𝐂𝐄𝐎 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐎𝐍𝐀𝐒 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐉𝐀𝐃𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐁𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐀𝐑𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐅𝐎𝐑𝐌𝐔𝐋𝐀 𝟏 𝐒𝐈𝐍𝐆𝐀𝐏𝐎𝐑𝐄 𝐆𝐏

KUALA LUMPUR – Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Bersatu Malaysia mengecam tindakan Tan Sri Tengku Muhammad Taufik, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS, yang terlibat dalam “Champagne Shower” di podium Formula 1 Singapore Grand Prix 2025 pada 5 Oktober lalu. Insiden berlaku ketika George Russel mewakili Mercedes AMG PETRONAS F1 Team memenangi perlumbaan, dan Tan Sri Tengku Taufik mewakili pasukan menerima trofi.
Hasil kajian ARMADA mendapati champagne yang digunakan adalah jenis Moët & Chandon, mengandungi 12% alkohol, dan merupakan champagne rasmi Formula 1. ARMADA menegaskan sebagai pemimpin korporat Melayu Islam yang mewakili syarikat milik Kerajaan Malaysia, beliau seharusnya menunjukkan sensitiviti tinggi ketika di podium, terutama dalam konteks antarabangsa. Insiden itu dilihat memalukan negara, lebih-lebih lagi apabila beliau mengenakan baju rasmi PETRONAS semasa disembur arak. ARMADA menegaskan bahawa penggunaan arak tidak boleh dinormalisasi dalam kerajaan atau GLC. Walaupun Champagne Shower adalah adat perlumbaan, pemimpin Islam sepatutnya meninggalkan podium semasa aktiviti itu dan kembali selepas acara selesai untuk bergambar dengan pemenang. ARMADA berbangga dengan pencapaian pasukan PETRONAS tetapi menekankan bahawa maruah negara harus dijaga, terutama di mata pemimpin negara Islam lain yang turut terlibat dalam Formula 1, termasuk Bahrain, Qatar, Saudi Arabia dan UAE.
ARMADA berharap Perdana Menteri memberi amaran tegas kepada semua kementerian, agensi kerajaan, GLC dan GLI bagi memastikan maruah negara terpelihara sebagai negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan (Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan). 📍 Untuk info lanjut, lawati malaysiahariini.website

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama