KENYATAAN PENAFIAN DAN AMARAN UNDANG-UNDANG



BAPA TEGAS NAFIKAN ANAK TERLIBAT KES ZARA QAIRINA, LAPOR POLIS DAN ANCAM SAMAN SIVIL

#LahadDatu – Seorang bapa tampil menafikan dakwaan yang cuba mengaitkan anaknya, Nurul Qurratu Aini binti Muhammad Yasim (berbaju merah – jersi #Sabah), dengan kes melibatkan Zara Qairina. Menurutnya, anaknya bersekolah di #Sabah pada tahun 2022 hingga 2024 sebelum berpindah ke Kolej Vokasional Lahad Datu (KVLD), #LahadDatu, pada awal 2025 selepas menerima tawaran kemasukan.

Beliau berkata, laporan polis telah dibuat terhadap akaun TikTok “BERITA SABAH” kerana memuat naik gambar dan video anaknya tanpa kebenaran. Walaupun pihak tersebut telah memadam kandungan serta memohon maaf, terdapat individu yang masih menyebarkan berita palsu itu di media sosial.

Bapa tersebut menegaskan bahawa beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang termasuk saman sivil terhadap mana-mana pihak yang terus memfitnah anaknya. Beliau turut mengingatkan orang ramai agar memastikan kesahihan maklumat sebelum menyebarkannya bagi mengelakkan fitnah yang boleh mencemar maruah seseorang.


https://christmaspoisonouswiped.com/d4gstquc8m?key=3dfff2dc368065aa903d082895203ba0

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama