Laman utamaMALAYSIA HARI INI VIDEO -POLIS SIASAT KES KECEDERAAN KANAK-KANAK, BUKAN KES CULIK . byMALAYSIA HARI INI -September 08, 2025 0 POLIS SIASAT KES KECEDERAAN KANAK-KANAK, BUKAN KES CULIK .ISKANDAR PUTERI – Pihak Polis Daerah Iskandar Puteri telah mengesan sebuah video yang tular di media sosial TikTok yang mendakwa seorang kanak-kanak dilarikan oleh bekas suami. Namun, polis menegaskan isu tersebut sebenarnya berpunca daripada kecederaan yang dialami oleh kanak-kanak tersebut ketika berada di bawah jagaan ibunya.Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP Kumarasan A/L Muniandy, mengesahkan laporan diterima pada 23 Ogos 2025 daripada bapa kandung kanak-kanak tersebut, seorang lelaki berusia 37 tahun. Laporan itu menyatakan anak perempuannya yang berusia tujuh tahun mengalami kecederaan di kawasan Kangkar Pulai. Kanak-kanak itu dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah untuk pemeriksaan lanjut dan kemudiannya diserahkan kepada bapa kandungnya oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Johor Bahru pada 26 Ogos. Penyerahan itu dibuat sementara proses tuntutan hak penjagaan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur masih berjalan.Pada 29 Ogos, bekas isteri pengadu turut membuat laporan polis mendakwa anak perempuan mereka telah dibawa oleh bekas suaminya dari hospital. Kes ini kini sedang disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, iaitu kesalahan menganiayai, mengabaikan, membuang, atau mendedahkan kanak-kanak. Pihak polis menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan. Tags MALAYSIA HARI INI Facebook Twitter Catat Ulasan Terbaru Lebih lama