VIDEO- NAHAS ENAM KENDERAAN DI LEBUH AMJ: PIKAP HILANG KAWALAN, ENAM CEDERA


NAHAS ENAM KENDERAAN DI LEBUH AMJ: PIKAP HILANG KAWALAN, ENAM CEDERA

MELAKA – Enam orang dilaporkan cedera dalam satu kemalangan membabitkan enam kenderaan di Lebuh AMJ (Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin) berhampiran stesen minyak Shell Cheng, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, polis menerima maklumat kejadian kira-kira jam 7.30 pagi, manakala kemalangan dilaporkan berlaku sekitar jam 6.30 pagi.

“Siasatan awal mendapati sebuah pikap Mitsubishi Triton dari arah Bandar Melaka menuju Cheng hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan. Kenderaan itu kemudian terbabas ke laluan bertentangan lalu melanggar lima kenderaan lain iaitu dua kereta BMW, sebuah Perodua Axia, Perodua Myvi dan Nissan Almera. Pikap tersebut turut terbalik di lokasi kejadian,” katanya.

Akibat nahas itu, semua enam mangsa yang terbabit mengalami kecederaan dan segera dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut. Tiada kematian dilaporkan setakat ini.

Kejadian berkenaan menarik perhatian ramai apabila rakaman video berdurasi 31 dan 46 saat yang memaparkan detik kemalangan tular di TikTok sejak pagi tadi. Dalam rakaman tersebut, kelihatan pikap berpusing sebelum jatuh menghempap beberapa kenderaan yang berhenti di persimpangan lampu isyarat.

Polis sedang meneruskan siasatan lanjut punca sebenar kemalangan, termasuk kemungkinan kecuaian pemandu

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama