KEJOHANAN CATUR TERBUKA ROMPIN BERJAYA TARIK PEMAIN ANTARABANGSA

KEJOHANAN CATUR TERBUKA ROMPIN BERJAYA TARIK PEMAIN ANTARABANGSA












ROMPIN – Sambutan terhadap Kejohanan Catur Terbuka Rompin 2025 amat menggalakkan, dengan penyertaan seramai 424 peserta dari dalam dan luar negara. Peserta antarabangsa dari Vietnam, Indonesia, dan Filipina turut mengambil bahagian dalam kejohanan yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah lebih RM16,000 ini.

Menurut Exco Kerja Raya, Pengangkutan, dan Kesihatan Pahang, Datuk Ir Razali Kassim, kejohanan ini merupakan edisi kedua yang dianjurkan oleh Politeknik Muadzam Shah dengan sokongan Persatuan Catur Negeri Pahang. Kejohanan ini telah didaftarkan sebagai FIDE Rated Event, membolehkan pemain yang bertanding memperoleh penarafan antarabangsa.

Antara pemain yang terlibat termasuklah seorang Grandmaster, seorang International Master, seorang Fide Master, dan tiga orang Candidate Master, yang memberikan persaingan sengit dan menambah prestij kejohanan. Melihat sambutan yang luar biasa ini, Datuk Ir Razali berharap kejohanan ini dapat dianjurkan pada skala yang lebih besar pada tahun hadapan. Beliau yakin ini bukan sahaja akan menarik lebih ramai peserta bertaraf antarabangsa, tetapi juga dapat mempromosikan daerah Rompin di peringkat global.

Jom usha:

http://malaysiahariini.website

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama