KUALA LUMPUR – Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat maut selepas dipercayai ditikam oleh seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya pagi tadi.
Menurut sumber, kejadian berlaku sekitar jam 9.30 pagi apabila suspek dipercayai membawa pisau ke sekolah sebelum menikam mangsa di kawasan sekolah berkenaan.
Difahamkan, suspek turut menyerang seorang lagi pelajar, namun keadaan mangsa kedua masih belum dapat dipastikan setakat ini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat bersama pasukan pegawai penyiasat kini berada di lokasi untuk menjalankan siasatan lanjut.
Buat masa ini, pihak polis masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung motif kejadian dan senjata yang digunakan.
Sementara itu, media difahamkan satu sidang akhbar akan diadakan di lokasi kejadian bagi memberikan butiran penuh kes berkenaan.
Tags
MALAYSIA HARI INI